0

PELAJARAN 20 : Peristiwa Hajarul Aswad

Posted by kopiahlembik on 2:00 AM in
MUKA SURAT : 62 -66


Ketika berlaku banjir besar di Mekah , bangunan Kaabah (bangunan yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan telah dibantu oleh anaknya , Nabi Ismail ) telah rosak.

Selepas Kaabah dibaiki semula , berlaku perselisihan faham antara beberapa suku kaum tentang siapakah yang sepatutnya meletakkan Hajarul Aswad(sekumpulan batu hitam) .Antara kaum itu ialah termasuk :
1-Bani Addiy
2-Bani Auf
3-Bani Abdu Darr
4-Bani Makhzum.

Sebagai jalan penyelesaiannya ,mereka bersepakat untuk memilih orang yang pertama memasuki kawasan Kaabah pada keesokkan harinya sebagai hakim(melalui pintu Babussalam?).
Dengan takdir ALLAH , Nabi Muhammad s.a.w adalah orang yang pertama memasukinya

Baginda dengan sifat adil , jujur digelar Al-Amin oleh orang Quraisy kerana kejujurannya) dan bijaksana telah meletakkan Hajarul Aswad di atas serbannya . lalu baginda ketua-ketua kaum .bersama-sama membawa Hajarul Asawad dan meletakkan ke tempat asalnya iaitu dipenjuru sebelah timur Kaabah .








*mengucup Hajarul aswad adalah sunnah Nabi .

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-SIRAH NABAWIYYAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.