0

PELAJARAN 18:Pekerjaan Nabi Muhammad s.a.w semasa dewasa

Posted by kopiahlembik on 2:00 AM in
RAMPAIAN AGAMA ISLAM 1991

Pada masa Nabi Muhammad s.a.w berumur 12 tahun , baginda pergi ke Syam ( Syiria-merupakan pasar bagi orang quraisy Mekah) Baginda mengikut bapa saudaranya , Abu Talib . Abu Talib pergi ke Syam untuk berniaga . Abu Talib mengajar Nabi Muhammad s.a.w cara-cara berniaga .

Berniaga adalah pekerjaan yang baik dan mulia . Baginda berniaga secara jujur . Barang-barang jualan baginda sangat laku . Baginda mendapat untung yang banyak . Setelah dewasa Nabi Muhaammad s.a.w menjadi seorang yang pandai berniaga .


Pada ketika umur 25 tahun , baginda keluar berniaga ke syam dengan membawa harta benda Khadijah r.a wanita pedagang yang mempunyai kedudukan terhormat dan harta yang banyak.Dia mengupah bebrapa orang lelaki untuk menguruskan perdagangan hartanya .Beliau membuat pelaburan dengan mereka dan membayar sesuatu untuk mereka.Orang Quraisy ialah kaum pedagang .

Apabila beliau mendengar berita tentang Rasulullah s.a.w iaitu kebenaran bicaranya , amanah dan kemuliaan akhlaknya , dia pun menghantar utusan kepada Rasulullah s.a.w dan menawarkan baginda supaya membawa barang dagangannya ke Syam .

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-SIRAH NABAWIYYAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.