0

PELAJARAN 2:2.3.2 Salasilah keturunan Nabi

Posted by kopiahlembik on 7:55 AM in
: Salasilah keturunan Nabi

A)Salasilah keturunan Nabi Muhammad sa.w
sebelah ibu.
B)Salasilah keturunan Nabi Muhammad sa w
sebelah bapa

RAMPAIAN AGAMA ISLAM 1991
IBU
Ibu Nabi Nabi Muhammad s.a.w bernama Aminah . Aminah orang arab Quraisy .Bapa Aminah bernama Wahab bin abd Manaf bin Zuhrah .Aminah dan bapanya tinggal di Mekah.
Pada masa itu Aminah dianggap wanita Qurash yang paling mulia dari segi keturunan dan kedudukan .Bapanya ialah ketua Bani zuhrah dari segi hubungan nasab dan kemuliaan.Dia berkahwin dengan Abdullah bin Abdul Mutallib.Mereka mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad.

BAPA
Bapa Nabi Muhammad s.a.w bernama Abdullah . Abdullah anak Abdul Mutallib dan Fatimah binti Amru bin Aidh bin Imran bin Makhzum bin Yaqzah bin Murrah ) yang ke sepuluh.Dia orang arab Quraisy.Dia berkahwin dengan Aminah binti wahab.Abdullah dan Aminah tinggal di Mekah .Tidak lama selepas itu Abd Al Mutallib mengutuskan Abdullah untuk ke Madinah bagi mendapatkan bekalan-bekalan untuk mereka . Di sana dia meninggal dunia ketika berusia 25 tahun .Harta peninggalan Abdullah ialah 5 ekor unta dan beberapa ekor kambing dan seorang hamba wanita Habsyah yang bernama Barakah yang digelar Ummu Aiman yang menjadi pengasuh baginda Nabi .

Kerja Abdullah berniaga dan memelihara kambing . Abdullah orang yang baik dan mulia.

DATUK
Datuk Nabi Muhammad s.a.w bernama Abdul Mutallib . Abdul Mutallib orang Arab Quraisy . Dia menjadi ketua orang Mekah .Abdul Mutallib inginkan 10 orang anak lelaki . Anak lelaki boleh menolong dia bekerja . Abdul Mutallib bernazar hendak mengorbankan seorang daripada anaknya . Dia memilih dengan cara mencabut undi . Undi korban itu terkena kepada Abdullah .Abdullah anaknya yang ke 10 . Abdullah ditukar dengan 100 ekor unta .Semua unta itulah yang dijadikan korban .
Anak-anaknya lelaki :--- Anak-anaknya perempuan :
1) Al Harith -------------------------------------1)Ummu Hakim ( al Bayda')
2) Al Zubayr ------------------- 2) Barrah
3) Abu Talib ------------------- 3) Atikah
4) Abdullah -------------------- 4) Safiyyah
5) Hamzah ----------------- 5) Arwa
6) Abu Lahab ---------------------- 6) Umaymah
7) Al Ghaydaq---------------------------------------
8) Al Miqwam---------------------------------------
9) Saffar--------------------------------------------
10)Al Abbas---------------------------------------

BANI HASYIM
Bani Hasyim gelaran anak cucu Hasyim bin Abdu Manaf . Hasyim bin Abdu Manaf moyang Nabi Muhammad s.a.w . Hasyim orang arab Quraisy . Hasyim menjadi ketua Mekah .
Setelah Hasyim meninggal dunia , Abdul Mutallib menjadi ketua Mekah . Abdul Mutallib anak Hasyim .Setelah Abdul Mutallib meninggal dunia , Abu Talib menjadi ketua Mekah .Abu Talib anak Abdu Mutallib .
Bani Hasyim keluarga yang mulia di Mekah.

MOYANG (Qusai Bin Kilab)
Qusai bin kilab orang arab yang mula-mula mengumpulkan keturunan Adnan di Mekah .Keturunan Adnan keturunan Nabi Ismail a.s . Keturunan itu dinamakan Quraisy .
Qusai orang arab quraisy yang mula-mula menjadi ketua orang Mekah . Nabi Muhammad s.a.w keturunan Qusai bin Kilab .Orang arab berniaga .Mereka juga bertani dan menternak binatang .Mereka mempunyai kafilah dagang.Mereka berniaga dari Mekah ke utara dan ke selatan negeri arab .
Mereka juga mengadakan pasar seperti pasar Ukaz . Orang arab quraisy orang yang terkenal dan mulia.



Aras 1 :
1. Menyatakan salasilah keturunan Nabi Muhammad sebelah bapa dan ibu.
2. Menyayangi diri dan keluarga Nabi.
Aras 2 :
1. Memahami keistimewaan salasilah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
Aras 3 :
1. Menyatakan kesan-kesan keistimewaan salasilah keturunan Nabi
terhadap kedudukan Nabi dalam masyarakat Arab.




LINK;
http://www.youtube.com/Gambaran Masyarakat Jahiliyyah & Quraisy(i)
http://www.youtube.com/watch?v=Hr5Qz36_KTc(ii)
http://www.youtube.com/watch?v=Su1rV1wShks(iii)
http://www.youtube.com/kisah Gelaran Abdul Mutalib(iv)
http://www.youtube.com/Kisah Raja Abrahah(v)
http://www.youtube.com/Hikmah Mekah Di Selamatkan Dari Serangan(vi)

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-SIRAH NABAWIYYAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.