0

PELAJARAN 1:Tanda-tanda kelahiran nabi

Posted by kopiahlembik on 2:23 AM in
Aras 1 :
1. Memahami keistimewaan Nabi Muhammad berdasarkan peristiwa
berikut :
1.1. Kota Makkah terpelihara daripada serangan tentera bergajah.

DIEDIT :RAMPAIAN AGAMA ISLAM 1991/Sirah NabawiyyahYADIM
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan di Mekah .Bagindadilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah.Pada tahun itu tentera Raja Abrahah ( Abrahah al-Sabbah -panglima perang Habsyah yang merupakan wakil Najashi di Yaman ) hendak menyerang Mekah.Tentera itu seramai 60 000 orang bala tentera dan 9 atau 13 ekor gajah diketuai oleh Abrahah.Abrahah naik seekor gajah yang paling besar .Serangan itu tidak berjaya. Allah membinasakan tentera itu dengan mengutuskan burung Ababil yang melontarkan batu-batu sijjil (yang sangat keras dan panas), lalu jadilah mereka seperti daun yang dimakan ulat .Burung-burung itu adalah seperti burung khatatif (swift) dan Balsan .Setiap burung membawa 3 biji batu , diparuh 1 biji dan 2 biji di kaki . Batu-batu itu itu berbentuk seperti kacang putih di mana apabila mengenai sesorang mengakibatkan anggota tubuh terputus-putus dan mati .Tetapi tidak semua mereka yang ditimpa lontaran batu itu . Mereka yang tidak terkena batu itu melarikan sambil berasak-asak antara satu sama lain , lalu terjatuh di merata tempat dan mati bergelimpangan di setiap simpang . ALLAH mengutuskan penyakit kepada Abrahah yang menyebabkan jari-jarinya berguguran . Sesampainya di san'a dia kelihatan lemah , jantungnya terburai dari dadanya , lalu mati .Mekah dan kaabah selamat.
Nabi Muhammad s.a.w orang arab quraisy . nabi Muhammad s.a.w disusukan oleh ibunya selama 7 hari .
Kaabah letaknya di Mekah . Mekah tempat lahir Nabi Muhammad s.a.w . Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s . Kaabah arah kiblat orang Islam solat . Orang Mekah Tawaf di Kaabah .
Ramai orang datang ke Mekah . Mereka tawaf di Kaabah dan mengerjakan haji . Mereka menjual bermacam-macam barang.Mereka menjual barang-barang itu di pasar . Orang Mekah mengadakan pasar itu .
Pada masa nabi Muhammad s.a.w dilahirkan banayak berhala dikeliling kaabah yang diletakkan oleh orang yang sesat .

1.2. Keadaan Nabi semasa dilahirkan.

1.3. Kejadian luar biasa semasa dan selepas Nabi dilahirkan.
2. Memahami bahawa Nabi Muhammad mempunyai peribadi yang mulia
sejak kecil hingga dewasa.
3. Meneladani peribadi Rasulullah.
Aras 2 :
1. Menyatakan kesan peristiwa tersebut terhadap keluarga Nabi Muhammad
Aras 3 :
1. Menyatakan kesan peristiwa tersebut terhadap masyarakat Arab.




LINK RUJUKAN :
http://www.pekanrabu.com/zubir/kelahiran.html
http://www.youtube.com/watch?v=Nn9do0av2Ag
http://www.youtube.com/watch?v=FwQLPqet3Cg
http://www.youtube.com/watch?v=QBCoFT6fDYY&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=cfcIu3qAF1I

h
ttp://www.youtube.com/watch?v=YxInVkoj57c
http://www.youtube.com/lagu teladan terbaik

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-SIRAH NABAWIYYAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.