0
PELAJARAN 17 :Pekerjaan Nabi Muhammad s.a.w semasa kecil
Posted by kopiahlembik
on
2:00 AM
in
TAHUN 3-Pekerjaan Nabi Muhammad s.a.w semasa kecil
MUKA SURAT : 49-52
RAMPAIAN AGAMA ISLAM 1991
Semenjak kecil Nabi telah mengembala kambing . Baginda menolong Halimatus saadiah mengembala kambing . Ketika itu umur baginda baharu 4 tahun .

Baginda menolong dengan kemahuannya sendiri . Pada masa itu baginda tinggal di rumah
Halimatus saadiah , ibu susunya . Setelah balik ke Mekah , baginda tinggal dengan ibunya .
Baginda mengembala kambing juga. Pada masa baginda tinggal dengan Abu Talib , baginda masih mengembala kambing yang dipunyai Abu Talib .Mengembala kambing menjadi kerja biasa bagi orang Arab pada masa itu . Mengembala kambing adalah kerja yang mulia .

*hikmah:pendedahan awal nabi dengan sikap manusia yang lebih degil daripada kambing .
RAMPAIAN AGAMA ISLAM 1991
Pada masa Nabi Muhammad s.a.w berumur 12 tahun , baginda pergi ke Syam ( Syiria-merupakan pasar bagi orang quraisy Mekah) Baginda mengikut bapa saudaranya , Abu Talib . Abu Talib pergi ke Syam untuk berniaga . Abu Talib mengajar Nabi Muhammad s.a.w cara-cara berniaga .
Berniaga adalah pekerjaan yang baik dan mulia . Baginda berniaga secara jujur . Barang-barang jualan baginda sangat laku . Baginda mendapat untung yang banyak . Setelah dewasa Nabi Muhaammad s.a.w menjadi seorang yang pandai berniaga .
Kesan Pekerjaan tersebut
1-membentuk akhlak nabi
2-Baginda tida terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik.malahan menghabiskan masa dengan perkara yang bermanfaat .
Post a Comment