0

Nabi Muhammad s.a.w dibesarkan didesa

Posted by kopiahlembik on 1:58 AM in
RAMPAIAN AGAMA ISLAM 1991
Aminah ibu Nabi Muhammad s.a.w . Aminah menjaga dan menyusui Nani Muhammad s.a.w beberapa hari sahaja.
Orang pertama yang menyusui nabi selepas ibunya ialah Thuwaybah (Hamba Abu Lahab ) dengan susu bayinya yang bernama Masruh . sebelum itu dia juga pernah menyusui Hamzah bin Abd Mutallib dan selepasnya dia menyusukan Abu Salamah bin Abdul Asad al Makhzumiy.
Menurut adat masyarakat Arab setempat , mereka akan mencari perempuan-perempuan yang
menyusui anak mereka dengan tujuan untuk menghindarkan penyakit-penyakit masyarakat setempat .
Dengan itu ia dapat menguatkan fizikal kanak-kanak tersebut serta mengukuhkan urat sarafnya .
Disamping itu ia juga bertujuan memahirkan anak tersebut dengan bahasa Arab jati semasa masih kecil lagi.
Lantaran itu , Abd Muatalib telah mencari perempuan-perempuan yang dapat menyusui Rasulullah s.a.w .
Dia pernah meminta seorang perempuan Bani Asad untuk menyusukan baginda iaitu Halimah bin
Abu Dhu'ayb (isteri Harith bin Abdul Uzza ) yang dikenal sebagai Abu Kabsyah dari kabilah sama .

Selepas itu , Aminah menyerahkan Nabi Muhammad s.a.w kepada Halimatus Saadiah. Halimatus Saadiah menjaga dan menyusui Nabi Muhammad s.a.w .
Halimatus-Saadiah perempuan baik dan mulia .Dia orang kampung dari suku Bani Saad bin Bakr.Dia menjadi ibu susu Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w tahu cara hidup orang kampung .Baginda diajar berakhlak mulia.Nabi Muhammad s.a.w tinggal dengan ibu susunya selama 4 tahun . Selepas itu baginda diserahkan semula kepada Aminah di Mekah.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-SIRAH NABAWIYYAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.